Tuesday, November 13, 2012

Unforgettable moment

Assalamualikum :)

Dah lama sangat tak bukak blog ni. Hari ni tetiba je nak bukak blog sebab nak cari one of my favourite blogs. Boleh pulak lupa nama blog beliau. Nampak tak kesan dah lame tak bukak blog ni? boleh jadi pelupa. ceh kena mengena? haha

Blog yang aku cari is blog yang banyak memberi motivasi pada aku. Tapi tu dululah, zaman masa lapang boleh bukak blog bila-bila masa. Dulu penulis blog tu adalah seorang pemuda yang tabah, yang menghidapi kanser. Beliau dah meninggal dunia kira-kira setahun yang lepas barangkali, ALFATIHAH. Sekarang blog tu still will be updated by his mother. Entah kenapa tetiba aku teringin sangat nak bace blog tersebut =,)

Since dah log in blog ni, terasa macam nak update pulak.
Dah lima bulan lebih tak bukak blog, update pun lima bulan yang lalu. Tu pun mcm update tak nak update je. Banyak sebenarnya nak cerita kat sini, macam-macam berlaku sepanjang 2012.

Tarikh yang paling tidak dapat dilupakan, 02 Mac 2012 (Jumaat )

Pada tarikh tersebut, seorang yang paling rapat dengan aku telah kembali ke rahmatullah. ALFATIHAH. Seorang yang menjaga aku sejak dari kecil ( selain umi dan walid ), yang duduk sebilik dan sekatil dengan aku, hampir 19 tahun aku hidup, telah tiada. Itulah nenek ku, yang kami, cucu-cucu beliau memanggilnya dengan panggilan 'mak', yang pergi pada umur hampir 81 tahun.

Ya, memang aku takkan lupakan peristiwa tersebut. Aku masih ingat lagi. Pada pagi Jumaat, aku sedang berfacebook selepas bersarapan dengan sahabat, selepas meredah hujan nak beli sarapan dikedai 'pokping'. Aku terbaca status facebook seorang cousin, 'Semoga nenda yang disayangi Sharifah Azizah BenShahab dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Alfatihah'

Terkejutnya aku masa tu, Ya Allah, Tuhan saja yang tahu. Ye la, aku masa tu ada di Terengganu, memang takdan aku nak balik KL masa tu jugak, melainkan kalau aku naik flight. Tapi tu la, dah memang ditakdirkan aku tak dapat melihat wajah mak, mencium mak buat kali terakhir. Sedih. Allah saja yang tahu.
Aku yakin pada setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Aku yakin. Dan aku redha dengan ketentuanNya.

Seminggu lepas tu, baru aku dapat balik KL. Cuti. First time aku balik KL, mak takde dekat rumah. Masa tu rasa macam tak nak balik je sebab aku taktahu macam mana reaction aku bila tengok bilik aku kosong. Firstime mak takde kat bilik aku. Another reason is aku paling tak suka nak nangis depan orang especially depan umi and walid. But yeah, masa tu la aku nangis paling teruk buat pertama kalinya depan umi dengan walid. Cannot tahan kot.

Buat pertama kalinya aku menjejakan kaki kat rumah setelah mak tiada, all the memories dengan mak bermain dikepala dan aku masa tu seolah-olah aku dapat membayangkan suasana pengurusan jenazah pada hari pemergian mak.  Like seriously, seolah-olah aku ada disitu masa hari tu.

Dan aku teringat, setiap kali aku balik cuti, mak mesti excited =,) mak mesti terbangun walaupun masa tu baru pukul 5 pagi and mak mesti tanya banyak kali 'bila balik?' 'balik naik apa?' 'sampai bila cuti?' oh I miss that questions from mak =,(

Ya Allah, aku rindu mak.

Aku banyak kali mimpi pasal mak, sampai aku terlupa yang mak dah takde. Seolah-olah mak masih hidup.
Moga mak bahagia di alam sana. Moga mak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin

Me: Mak, mak sayang ana tak? hehehe
Mak: Mestila mak sayang, kan cucu mak

Ana pun sayang mak. sangat. Rindu nak peluk cium mak. Ana rindu nak gelak, bercerita dengan mak. Moga mak bahagia disana, ALFATIHAH 

2 comments:

  1. http://alsyedshahab.blogspot.com/

    teringat kat umi...........

    ReplyDelete
  2. Alfatihah. Moga arwah berada dalam kalangan org yg beriman.

    Nice blog, http://alsyedshahab.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete