Friday, December 7, 2012

Salam Jumaat.

Assalamulaikum wbt.

Salam Jumaat, moga kita semua dibawah pelindunganNya.
Entah kenapa tetiba nak update blog. Tetiba rasa sayu. Tetiba rasa rindu pada yang sudah tiada, rindu pada yang jauh. Ahh rindunya kawan-kawan, kawan se-maktab, kawan yang dah masuk new sem dekat UITM. Moga mereka sehat dan dilindungi Allah.

Rindu Arwah Mak..
Rindu Arwah Kak Dayah..
Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
AlFatihah untuk semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Cuti.
Sekarang cuti. Hampir sebulan dah cuti. Cuti sama dengan budak sekolah, sebulan setengah. Alhamdulillah :)
Cuti yang panjang. Hampir bosan. Tapi kena la bersyukur. Nanti dah start new sem, sibuk nak cuti -.-

Tak ke mana pun cuti. Duduk rumah saja. Teringin nak keluar berjalan dengan kawan, tapi umi mesti tak bagi. Katanya, anak dara tak elok keluar rumah. Dalam hati memberontak. Ikut akal, ada betulnya. Sebagai anak, aku patuhi. Syurga dibawah telapak kaki umi, tahu? Mungkin  ada yang kata mereka mengongkong. Tapi bagi aku, itu tandanya mereka sayang aku, sangat. Seorang je anak perempuan lah kata kan. Tapi dalam hati masih mengharap supaya mereka rajin bawak aku berjalan. Aku suka berjalan, ingin melihat dunia. Dunia yang terkandung banyak kisah, banyak ragam manusia. Internet kan ada? Tekan satu click dah ke Istanbul. eh tetibe. haha

Setakat ni berjalan dekat-dekat sini je. Melawat Lutfi, anak cousin aku. Baru 3 bulan. MasyaAllah sangat comel. Kaya dengan senyuman. Lutfi Zikry. Sedap name, comel orangnya. Esok lusa ke Melaka, memenuhi jemputan cousin aku kahwin. Alhamdulillah. Tapi yang pasti, hujung bulan nanti kaum keluarga belah umi akan busy, cousin aku sorang lagi akan melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah. Akan ke Penang insyaAllah. Kemudian sambut menantu di Bangi. Hari terakhir sebelum aku balik Terengganu, aku akan ke Seremban, ada jemputan kahwin. Malam tu, baru aku balik Terengganu. Moga dipermudahkan segalanya. Banyak kenduri, banyak makan, maka semakin bertambah la berat badan. hahaha hipotesis ke tu?

Banyak benda nak buat masa cuti ni. Ada yang dah tercapai. Yang terbengkalai pun ada jugak. Boleh dikatakan hangat-hangat tahi ayam. Bila 'malas' menguasai diri, inilah jadinya. Astagfirullah. Kadang-kadang rasa kosong. Dah lama tak berusrah, rindu halaqah. Aku perlukan orang untuk mengingati aku. Kadang aku alpa, leka. Astagfirullah. Tanya sama diri, adakah Allah yang jauh dari aku, atau aku jauh dari Allah?


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)
Allah itu dekat =,) Berdoa dan ingat lah Allah waktu senang, susah, bahagia, sedih, berjaya, gagal. 

“Remember Allah during times of ease and He will remember you during times of difficulty” (Tirmidhi)


Subhanallah :')
Allah itu dekat.
Moga kita sentiasa diberi hidayah, sentiasa diberkati dan sentiasa dibawah pelindunganNya. Amin Ya Rabb.

Minta diri. Dah lewat malam. Assalam =)

No comments:

Post a Comment