Friday, December 16, 2011

My Life in IPG :)


Bismillahirrahmanirrahim,
Post yang lepas aku dah ceritakan macam mana aku tergerak hati nak masuk IPG. And now, aku nak cerita pengalaman aku dekat IPGKDRI. Sedar tak sedar, aku dah habis satu semester dekat IPG ni, Alhamdulillah. Lagi lima tahun (10 semester lagi ! ) untuk menjadi seorang guru ijazah, insyaAllah.


Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI), 20 June 2011……


Bermulalah kisah aku di IPGKDRI. Aku teringat lagi masa mula-mula sampai dekat IPGKDRI, nervousnyaa, macam tak percaya yang aku akan study dekat sini. Ramainya orang masa hari tu, tak payah cakap la. Dengan senior-senior yang menanti ketibaan kami (pelajar baru, ceh HAHA). Sampai je kat sana, memang busy yang teramat. Nak pergi daftar, kena tulis borang, kena beratur ke meja ke meja. Cop ni cop itu. Kena buat kad BSN, kena tunggu lama la. Umi, Walid and Masyhur( my lil bro) tunggu kat luar dewan lama gila, before dyeorg kena pegi dengar taklimat pengambilan pelajar baru.  Masa tengah busy2 tu, aku dapat la seorang kawan baru yang masu tu dah rapat gila sebab nama dia pun Syarifah jugak. Happy sangat sebab rasa macam ada family sendiri dekat IPG tu. Yelaa, aku dekat Terengganu ni mana ada sedara-mara. Kawan yang kenal2 dekat facebook tu ada la. Mula-mula tu memang risau sangat, macam mana aku nak survive sorang-sorang dekat tempat orang, dah la tak ada pengalaman duduk jauh dengan family. Haha even aku tak pernah duduk jauh dengan family, tapi aku tak manja tau. Takde nak nangis-nangis ,masa salam umi dengan walid before dyeorg balik. Haha aku memang tak suka nak menangis depan orang, my parents especially. Taktau la kenapa, maybe nak tunjukkan yang I am strong enough to face all this thing. Ecececeh :P

After dah settle semua benda, then baru dapat kunci bilik. Terkejut aku dapat bilik tingkat atas sekali. Dalam hati ni, tertanya-tanya macam mane la aku nak angkut barang aku sorang-sorang ni, hmm redah je laa.  Dua tiga kali jugak turun naik tangga mengangkut barang. Nasib baik ada sorang kakak senior tu tolong aku angkat beg besar gila tu. Haha. Dalam hati ni bersyukur sangat, sebab ada org yg sanggup tolong aku. Tapi aku tak cam la muka kakak yang tolong aku tu. Haishh -,- Sampai je dekat bilik aku, dah ada orang dekat dalam bilik. Aku selalu berdoa, harap2 la roommate aku lebih kurang macam aku. Dah la satu bilik tu dua orang je. Alhamdulillah, aku dapat kakak roommate yang memang lebih kurang macam aku and kakak tu baik J So far, kakak2 aras aku semua baik2, tak sombong. Alhamdulillah. Aku sayang dekat2 kakak tu semua, sebab dyeorg semua dah macam kakak aku sendiri. Al maklum la, aku kan takde kakak kandung hee ;)

Orientation Week….


Lepas angkat barang2 ke bilik, solat and makan, maka bermula la orientation week. Haishh bila teringat balik orientation week ni macam mimpi ngeri dibuatnya. Kelakar pun ada jugak. Tapi memang tak boleh lupa la orientation week dekat sini. Macam masuk kem tentera pun ada. Just imagine, kteorang semua tak dibenarkan pegang phone sendiri, senior2 yang simpankan phone kteorg, then makan dalam masa 3 minit walaupun menu nasi berlauk ayam segala bagai, kena jaga barang amanah, kena tengking sepanjang masa, buat tu salah buat ni salah. Adoi memang teruk lah. Kteorang kena ragging gila-gila kot. Tengok muka senior-senior pun rasa macam nak pengsan. Senyum pun takda. Terasa macam salah masuk tempat belajar pulak. Kteorang kena ragging teruk sampai la malam rabu nak masuk khamis tu. Memang teruk gila, sampai ramai yang pengsan. Rupa-rupanya, kteorang kena prank kot dengan senior2. HAHAHAHA, funny. Start dari malam tu, barula Nampak muka abang2 and kakak2 senior tu senyum, bergurau. Masa last day orientation week kteorang, hari khamis, baru la dapat  tengok abang2 kakak2 tu bergurau, tersenyum sepanjang hari. Haha, sporting rupa2nya diorang ni. Pandai jugak dyeorg berlakon buat muka ketat. Kalau la aku yang jadi senior kena buat muka ketat, mesti nak tergelak sebab tengok muka junior2 yang cuak gila. Hehehe.
Petang khamis tu, kteorang dah free.  Petang tu, tetiba je aku rasa sayu yang teramat. Masa tu aku takde kawan rapat sebab masing2 busy buat hal sendiri masa orientation day. Petang tu ramai yang balik kampung ramai yang rumah dekat2 (untunglaaaa~). Majority yang study dekat IPGKDRI ni orang Terengganu, Kelantan and Pahang. Masa tu rasa macam tak acinya..dyeorang untung rumah dekat2 boleh la balik selalu. Nak balik hari pun boleh. Kalau aku ? kena tunggu cuti panjang, baru la berbaloi nak balik kampung. Sobssobs. Masa tu memang terasa I am alone. Dekat asrama tu sunyi je. :’(


Kuliah…


After orientation week, kuliah start. Awal2 minggu kuliah kteorang rileks serileksnya. Tak tahu nak buat mende. Lecturer masuk sume bagi briefing je dulu. Dah pertengahan kuliah, baru la ada kerja kursus for all subjek. Serentak pulak tu. Stress dibuatnya. But ini la IPG’s life. Bila takde kerja, memang rileks habis. Sekali ada kerja, bersengkang mata.
Study dekat sini, serupa macam masuk sekolah balik. All the systems are the same. Pagi2 ada assembly, study dalam kelas. Kelas dah fix, classmate for 5 years and a half. Wow long way to go mates! HAHA. Lepas tu everyday kena pakai baju formal. It’s fun actually. Dah macam real cikgu. Hehe
So far, class aku Alhamdulillah. Aku dah boleh ngam dengan semua org. Kteorang semua dah macam family. Tambah2 lagi, classmate aku dengan lecturer2 semua panggil aku adik. Lagi la aku rasa mcm family J  Kenapa panggil adik ? erm sebab aku ni pendek and nampak ‘kecik’ kot. Sobs sedih pulak tetibe, sebab aku pendek =’/ Haha takpela, pasrah dan bersyukur je la J



Learn from experience…


Banyak yang aku belajar semenjak study dekat sini. Belajar menjadi seorang perantau, independent, belajar bahasa ganu (sikit2 je pong, tak best la kalau org luar ckp ganu. Tak ori gitu), dapat kawan baru dari negeri2 lain, dpt makan kepok tiap2 hari ( haha tetibe). Tapi apa yang aku dapat belajar dekat IPG ni, banyak pasal Islam. Honestly to say, banyak lagi benda yang aku tak tau pasal Islam. Dulu before masuk sini, aku mane tau usrah tu mende, naqibah tu mende, hadis innamal a’malu binniat pun aku tatau, banyak laaa bende yg aku tatau, terasa jahil yang amat, tp Alhamdulillah sekarang aku da tau sikit2. Banyak lagi benda yang nak kena belajar.
Aku bersyukur sangat aku dapat masuk IPGKDRI. Tenang je. Dah la dekat dengan pantai. Bila tension, pergi pantai. Kat sini, tak banyak shopping kompleks. Yang paling famous pun mydin-giant. So if nak hangout pun mostly mydin tempat yang paling wajib nak kena pergi. Nak kena beli barang2 keperluan semua kat situ, murah2. Hee
So far takde masalah la dekat ganu. Yang masalahnya, bila time nak beli ticket balik kampung or balik ganu. Mesti nak kena argue dengan member2 bila nak balik. Susah sangat nak pilih tarikh. Masing2 semua kalau boleh nak balik kampung seawal yang mungkin. Haha
Hopefully, everything will be okay sepanjang aku study dekat IPGKDRI ni. If ada problem pun, insyaAllah dipermudahkan segala urusan aku kat sini. And hopefully, kat sini dapat mendidik aku untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Amin yarabalamin J


Wassalam..




2 comments: