Monday, June 6, 2011

Luahan Hati

Salam. Selamat Petang yang err.. mendung ? dekat sini dah mendung. Biasalah sekarang ni tengah hari mesti panas terik pastu petang mesti hujan lebat. Bersyukur dengan apa yang Allah tentukan :)* makan pisang goreng jap :D  ok dah. Tujuan aku tulis blog hari ni, sebab aku dah lama tk update blog rasenya. Nak kata aku busy, tak. Cuma fikiran aku tak berapa nak tenang sejak kebelakangan ni. Kadang-kadang rasa sunyi, kadang happy, kadang sedih. Banyak sangat benda yang aku fikir lately. Maybe perubahan hormon aku tak menentu kot ? or maybe sebab tak lama lagi aku nak pergi study jauh dari family :(   Aww :'( mula-mula memang happy sangat dapat sambung belajar, dekat Terengganu pulak tu. Lagi laa aku happy. Tapi bila dah nak pergi ni rasa sedih sangat. Sebab jauh dari family. Sebab aku taktau macam mana keadaan aku kat sana nanti. Aku taktau macam mana kawan-kawan aku kat sana. Aku takda sesiapa kat sana ! Tapi orang selalu cakap kat aku, 'nanti kat sana nanti adalah kawan. Lama-lama nanti awak biasa la kat sana '. Aku harap apa yang dyeorang cakap tu betul. Aku harap sangat aku dapat kawan yang memahami aku, yang gila-gila macam aku( err kekadang je la haha ), yang boleh membimbing aku kearah kebaikan. Aku harap aku tak lupa diri bila aku kat sana. Aku harap aku dapat belajar dengan tenang dan boleh mencapai kejayaan kat sana, INSYA-ALLAH :)   Harapan aku kat sana nanti, aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai  kejayaan bukan sahaja didunia, malah di akhirat insyaAllah. Aku berharap niat aku tak terpesong iaitu belajar kerana ALLAH, dapat membanggakan umi and walid dan untuk mendidik anak bangsa supaya mereka juga berazam untuk berjaya didunia dan akhirat :)
Doakan aku ehh =)

Ermm, btw maybe aku rasa sunyi sebab kawan-kawanku aku takda dekat sini. Dyeorang semua dah masuk Universiti.Ada yang dekat utara, ada yang dekat selatan. Sekarang ni aku senosrang je laa dekat Ampang. Aku ingat lagi masa tengah tunggu nak masuk U, even jarang jumpa still boleh contact. Now masing-masing dah busy. Biasa la tu kann, takkan asyik nak lepak duapuluhempatjam je. Bila dah tiba masa, kena la berjauhan. Adatlahh Setiap Pertemuan Ada Perpisahan. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi. Satu je yang aku nak korang tau, I MISS YOU GIRLS A LOT ! ;')


Psst : Banyak lagi benda yang belum selesai. Borang2, sijil2 belum buat pengesahan lagi. To kak Tqah Nasir and Naddy (dua2 kawan baru ;) yang banyak tolong saya pasal borang2 sume tu, THANKS A LOT ! :)


*okayla, nak solat Asar. Salam !


No comments:

Post a Comment